Monday 19 February 2018

Permainan KHO - KHO

Permainan KHO - KHO

KHO - KHO

Kho-Kho merupakan satu permainan tradisional yang popular di kalangan kaum India. Permainan yang berasal dari Maharashtra ini pada mulanya dimainkan menggunakan kereta kuda. Kebanyakan ahli sejarah India mengatakan bahawa Kho-Kho merupakan hasil pengubahsuaian daripada satu permainan 'Lari dan kejar' di mana seorang pemain akan berlari dan mengejar serta menyentuh pemain lain. Permainan kho-kho ini memerlukan kecergasan fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel untuk megelak peserta-peserta lain.Permainan Kho-Kho membangunkan sifat-sifat seperti ketaatan, disiplin, kesukanan, dan kesetiaan antara ahli pasukan.Peraturan permainan telah dirangka pada awal abad ke-20,di Gymkhana Poona.Satu jawatankuasa telah ditubuhkan pada tahun 1914,membentuk peraturan. Peraturan pertama pada Kho-Kho telah diterbitkan dari Gymkhana Baroda, pada tahun 1924. Pada 1959-60, negara pertama kejohanan Kho Kho telah dianjurkan di Vijayawada (Andhra Pradesh).Pihak kerajaan telah memulakan pemberian anugerah permainan Kho kho dan Arjuna Award, Anugerah Eklavya untuk lelaki, Rani Laxmi Bai mendapat anugerah wanita,Veer Abhimanyu untuk kanak-kanak lelaki di bawah umur 18 tahun, dan anugerah Janaki untuk kanak-kanak perempuan bawah 16 tahun.

CARA ASAS BERMAIN KHO - KHO
Bagi permainan kho-kho, setiap kumpulan boleh mempunyai 12 pemain. Namun,hanya 9 daripadanya akan bermain bagi satu perlawanan. Terdapat 2 giliran dalam permainan kho-kho ini. Setiap giliran diperuntukkan selama 7 minit untuk acara lari dan kejar. Bagi kumpulan pengejar (chaser), 8 pemain akan berada di tengah setiap 8 kotak yang terdapat di padang permainan. Setiap 8 peserta ini akan duduk dalam kedudukan yang bertentangan secara berselang-selang. Manakala, pemain yang kesembilan akan bertindak sebagai pengejar. Sasaran bagi setiap pengejar ialah menyentuh pemain lawan dengan menggunakan tapak tangan. Pemain lawan akan tersingkir apabila pengejar menyentuhnya dengan tapak tangan tanpa melakukan "foul", pemain lawan telah melebihi had garisan dengan sendirinya ataupun lambat sampai ke had garisan. Pengejar boleh menukar giliran mengejar dengan menyentuh ahli pasukannya yang lain sambil berkata "Kho Kho". Pemain yang disentuh kemudiannya akan menjadi pengejar dan begitulah seterusnya. Bagi setiap 2 giliran terdapat 5 minit masa rehat diberikan. Bagi permainan Kho-Kho ini, keluasan petak padang yang diperlukan ialah 27mX15m.
Kho-Kho boleh dimainkan oleh lelaki, wanita, dan kanak-kanak dari semua peringkat umur. Permainan ini dimainkan di kawasan yang lapang dan peralatan yang diperlukan adalah dua tiang. Permainan berlangsung tidak lebih daripada 37 minit.

               

Permainan MAHJONG

MAHJONG



Mahjong atau mahjung merupakan permainan tradisional untuk empaat orang yang berasal dari China. Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Bergatung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjad satu isu remeh atau faktor utama kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian juga sebagai permainan komputer. Objektif permainan adalah membina set lengkap atau gabungan, biasanya bertiga, dari 13 atau 16 keping. Orang pertama mendapatkannya adalah dikira sebagai pemenang. Kepingan kemenangan melengkapkan set pemain sama ada 14 atau 17 keping.
Satu teori menyatakan bahawa pegawai tentera China yang berkhidmat semasa Pemberontakan Taiping telah mencipta permainan ini untuk mengisi masa. Teori lain menyatakan bahawa seorang bangsawan yang tinggal di kawasan Shanghai telah mencipta permainan tersebut antara tahun 1870 dan 1875. Manakala yang lain pula percaya bahawa di sekitar tahun 1850 di bandar Ningpo, dua orang bersaudara telah mencipta mahjong berdasarkan permainan Madiao. Permainan tradisional Cina ini diharamkan di negara asalnya pada tahun 1949, apabila Republik Rakyat China ditubuhkan. Kerajaan baru komunis melarang aktiviti perjudian, yang dianggap simbol kerosakan golongan kapitalis. Selepas Revolusi Kebudayaan, permainan ini dihidupkan semula, dan sekali lagi mahjong menjadi kegiatan masa lapang yang digemari orang Cina. Bagaimana pun, di Hong Kong, Macao dan tempat-tempat lain, mahjong sentiasa popular, terutamanya di kalangan penutur Kantonis.

CARA ASAS BERMAIN MAHJONG

Objektif permainan adalah membina set lengkap atau gabungan, biasanya bertiga, dari 13 atau 16 keping. Orang pertama mendapatkannya adalah dikira sebagai pemenang. Kepingan kemenangan melengkapkan set pemain sama ada 14 atau 17 keping.

Permainan Catur Cina / Tionghoa - Xiangqi

JENIS - JENIS PERMAINAN TRADISIONAL TIONGHOA / TIONGKOK

CATUR CINA
Xiangqi (Bahasa Cina / tionghoa: 象棋pinyin: xiàngqí; merupakan sebuah permainan papan Cina dua orang pemain, yang berada dalam keluarga yang sama dengan catur antarabangsachaturangashogi, dan janggi. Xiangqi bentuk kini berasal dariChina, oleh itu sering digelar sebagai Catur Cina.
Xiangqi mempunyai sebuah sejarah yang panjang. Walaupun asal-usulnya tidak jelas, namun permainan ini didapati telah mula dimainkan terawalnya pada abad ke-4 Sebelum Masihi di China.
Xiangqi merupakan salah satu permainan papan yang paling popular di dunia. Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik pao (meriam), peraturan yang melarang panglima (seperti "raja" dalam catur antarabangsa) daripada bertemu dalam garisan yang sama, serta "sungai" dan "istana" yang mengehadkan pergerakan sesetengah buah catur.



CARA ASAS BERMAIN CATUR CINA

Jiang / Shuai (Jendral) berfungsi sebagai Raja

Bidak Raja hanya bisa berjalan di dalam 4 kotak dengan garis miring yang saling bersilangan, dengan dilindungi oleh 2 penasehat

Cara menggerakannya adalah hanya bisa digerakan 1 langkah, baik itu ke kiri, kanan, atas, atau bawah, dan tidak bisa diagonal.

Shi (Penasehat)

Bidak Penasehat sama hal nya dengan bidak raja, hanya bisa berjalan di dalam lingkungan 4 kotak tersebut, dengan catatan cara menggerakannya adalah 1 langkah diagonal seprti dibawah ini

 Xiang (Gajah / Mentri)

Bidak Gajah ini pola geraknya juga mirip bidak Menteri pada catur biasa, yaitu berjalan secara diagonal. Bedanya, bidak gajah ini hanya bisa berjalan 4 kotak saja secara diagonal dan tidak boleh melewati sungai(pembatas) / tidak boleh memasuki wilayah musuh.

Ma (Kuda)

Bidak Kuda ini pola geraknya juga mirip bidak Kuda pada catur biasa, yaitu berjalan dengan langkah menyerupai huruf L. Tetapi ada perbedaan yang signifikan, yaitu bidak kuda pada xiang qi tidak bisa bergerak bila ada 1 bidak di depannya, seperti dibawah ini:

 atau bisa juga

Ju (Benteng)

Bidak Benteng ini pola geraknya sama persis dengan bidak Benteng yang ada pada catur biasa, yaitu bergerak dan membunuh musuh dengan langkah horizontal / vertikal.

Pao (Meriam)

Bidak ini paling istimewa di Xiang Qi, karena tidak ada pada catur biasa. Bidak ini digerakan menyerupai bidak benteng, yaitu bergerak dengan langkah horizontal / vertikal. Tetapi membunuh musuh dengan melompati 1 bidak lain(baik bidak kawan / lawan) dan menuju bidak target. Gerakanya seperti ini:

atau contoh skak oleh bidak meriam (kebetulan skak mati)

Ping/Zu (Prajurit)

Bidak prajurit ini cara bergeraknya adalah satu langkah ke depan. Dan ketika memasuki area musuh (setelah menyebrangi sungai), bidak prajurit ini bisa bergerak secara horizontal (ke kiri dan ke kanan). Cara membunuh sama juga dengan dengan cara bergeraknya.

Popular Posts